Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Matlamat Kehidupan 10 - Hikmah Kejadian Manusia 4

>> Sunday, September 2, 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bersua kembali di episod Matlamat Kehidupan 10 - Hikmah Kejadian Manusia 4. Pada episod lalu, Mukjizat Saintifik ada mempersoalkan cara untuk meyakinkan manusia sama ada Muslim atau non-Muslim terhadap kebenaran al-Quran. Sekiranya al-Quran ini betul-betul kalam Tuhan, apa buktinya?

Pembaca yang budiman. Di zaman ini, dunia meletakkan ilmu sains di tempat yang tinggi dalam kehidupan. Kehidupan masa kini sememangnya tidak terlepas dari kemajuan dan teknologi sains. Sekiranya ingin mengetahui hakikat sesuatu perkara, maka ia perlu melalui displin ilmu sains. Sains adalah segala-galanya dalam kehidupan pasca moden ini.

Bgaimana pula halnya dengan al-Quran? Adakah ia masih sesuai dan relevan di masa kini memandangkan ia di turunkan lebih 1400 tahun yang lampau? Mari kita sama-sama mengorek rahsia al-Quran agar ia terbongkar. Pembongkaran telah bermula.

Cuba kita sama-sama melihat kepada surah al-Baqarah ayat ke 184 yang berbunyi: "dan berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui." Puasa adalah menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa bermula terbit fajar sehingga tenggelam matahari. Fidyah pula bermaksud gantian kepada amalan puasa dengan memberi makan kepada fakir miskin sekiranya terdapat individu yang tidak berkemampuan untuk berpuasa disebabkan tua atau sebagainya.

Ayat ini adalah galakan dari Tuhan agar berpuasa daripada berbuka dan membaya fidyah disebabkan adanya kebaikan yang terkandung dalam puasa. Oleh itu perkara yang ingin dibongkar di sini adalah "berpuasa itu lebih baik bagi kamu". Apakah kebaikan yang terkandung dalam amalan berpuasa? Berpeluangkah kita untuk mengetahuinya?

Bersama kami di episod akan datang untuk pembongkaran sebenar...

2 comments:

Mardihah September 17, 2007 at 7:23 AM  

salam...menarik sekali info di sini...

terima kasih. Selamat berpuasa dan semoga terus mencambahkan info menarik.Jika senang dan di izinkan, saya pohon mana-mana artikel, untuk saya copy ke dalam laman tazkirah perbadi saya. Untuk simpanan dan rujukan akan datang...terima kasih saya dahului..

salam ramadhan

Mukjizat Saintifik September 22, 2007 at 9:20 PM  

Assalamualaikum..Terima kasih..Pihak kami amat-amat mengalukan hasrat saudari itu. Tetapi hendaklah ditulis sumbernya dari blog kami. Ini kerana kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap artikel yang telah ditulis di sini. Salam Ramadhan

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP