Segala puji bagi Allah, selawat dan salam kepada Rasulullah SAW.
Ketika diutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai rasul terakhir, Allah SWT telah memberi jaminan kepada Rasulullah SAW untuk menjaga agama yang disebarkannya, menguatkan baginda dengan mukjizat terbesar yang kekal di hadapan manusia sehingga ke hari kiamat iaitu kitab al-Quran. Firman Allah SWT:
Terjemahan: Bertanyalah (wahai Muhammad): "Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya?" (Bagi menjawabnya) katakanlah: "Allah menjadi Saksi antaraku dengan kamu, dan diwahyukan kepadaku Al-Quran ini, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan Al-Quran itu.
Rujukan:
al-I'jaz al-'Ilmi, Bil. 10.