Ia dapat mengurangkan dan menenangkan lonjakan naluri seks, yang demikian itu dapat melindungi tubuh daripada ketidakstabilan rohani dan jasmani. Selain itu, Rasulullah S.A.W telah memerintahkan pemuda-pemuda yang tidak mampu berkahwin supaya berpuasa. Baginda S.A.W bersabda:
يا
مَعْشَرَ الشَّبَابِ، مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ البَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ، ومَن
لَمْ يَسْتَطِعْ فَعليه بالصَّوْمِ؛ فإنَّه له وِجَاءٌ.
Maksud: “ Wahai pemuda-pemuda! Sesiapa di kalangan
kamu yang mampu untuk melakukan persetubuhan, maka hendaklah dia berkahwin.
Sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana ia adalah
pendinding”. Makna ‘pendinding’ ialah perlindungan.
[HR al-Bukhari, no. 5065; Muslim, no. 3398]
Rujukan:
Buku Keajaiban Puasa oleh Shaykh 'Abd al-Majid al-Zindani