Kitab Ta’ṣīl al-I‘jaz al-‘Ilmī fī al-Qur’an wa al-Sunnah oleh al-Zindanī telah mengubah dimensi dan perspektif para ulama terhadap al-I‘jāz al-‘Ilmī.
Walau bagaimanapun dalam keghairahan
sesetengah penulis tentang kajian al-I‘jaz
al-‘Ilmī yang kurang peka terhadap kepentingan kaedah-kaedah al-I‘jaz al-‘Ilmī telah menyebabkan
mereka tersasar daripada memahami konsep sebenar al-I‘jaz al-‘Ilmī.
Kesan penulisan yang tersasar ini bukan
sahaja mencemarkan imej Islam dan menimbulkan kekeliruan terhadap wahyu, bahkan
boleh mengaburkan bukti kebenaran agama Islam untuk manusia pada zaman ini.
Oleh sebab itu, perlu perlu difahami
definisi al-I‘jaz al-‘Ilmī supaya
perbahasan dan kajian yang dilakukan tidak lari daripada skop dan fokus sebenar
al-I‘jaz al-‘Ilmī.
Rujukan:
Sumbangan 'Abd al-Majid al-Zindani dalam al-I'jaz al-'Ilmi