Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Matlamat Kehidupan 6 - Manusia

>> Tuesday, August 14, 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bersua kembali dalam episod seterusnya. Pada episod-episod lepas, Mukjizat Saintifik telah membongkar beberapa benda dan perkara yang dianggap picis di mata manusia. Pada episod ini, untuk permulaannya, Mukjizat Saintifik ingin mengajak para pembaca yang budiman agar berhenti sejenak. Kemudian pandang di sekeliling kita. Perhatikan! Adakah terdapat sebarang benda atau perkara yang wujud secara sia-sia. Tidak kira anda berada di mana. Cuba perhatikan!

Sekiranya kita berada di dalam tandas, kita akan dapati di sekeliling terdapat berus tandas, pam tandas, selipar tandas, baldi, paip getah, pencuci tandas, bakul sampah dan lain-lain lagi perkakas tandas. Adakah semua benda ini wujud di dalam tandas tanpa ada tujuan dan matlamat dari pemilik tandas? Tentu sekali jelas matlamat sang pemilik tandas meletakkan segala barangan tersebut di dalam tandas. Sekiranya dia meletakkan sesuatu benda tanpa matlamat dan tujuan, maka tindakannya dianggap sia-sia dan gila.

Tinggalkan sejenak dunia tandas dan lain-lain dunia. Cuba perhatikan kepada kita. Makhluk yang bernama manusia. Manusia adalah makhluk hidup yang paling canggih ciptaannya. Paling halus buatannya. Paling seni ukirannya. Manusia dilengkapi dengan pelbagai sistem badan untuk mengharmonikan keseluruh tubuh badan.

Antara sistem-sistem yang melengkapi tubuh manusia adalah sistem perkumuhan, sistem saraf, sistem pembiakan, sistem endokrina, sistem limpa dan lain-lain lagi. Kesemua sistem ini beroperasi secara harmoni untuk menjaga organ-organ dan deria manusia agar berfungsi dengan baik.


Semua sistem tubuh manusia mempunyai matlamat dan tugas tertentu. Sistem pengliran darah sebagai contoh terdiri dari jantung dan saluran darah. Ia berfungsi satu sistem yang mengalir dan mengedarkan darah beroksigen hasil tindakan jantung yang berfungsi sebagai pam keseluruh badan melalui salurnadi dan salurhalus. Manakala darah yang kurang kandungan oksigennya dibawa balik ke jantung oleh pembuluh darah.

Sistem pernafasan bertindak sebagai agen yang membawa masuk oksigen melalui rongga hidung ke dalam darah di paru-paru dan mengeluarkan karbon dioksida dan wap air dari tubuh. Sistem penghadaman menjalankan tugas yang penting iaitu, menyediakan bahan-bahan makanan untuk diserap supaya bahan-bahan ini dapat digunakan oleh sel-sel tubuh. Sistem endokrina pula adalah satu sistem kilang tanpa salur di dalam tubuh manusia yang menghasilkan bahan kimia yang dipanggil hormon. Hormon ini diserap terus ke dalam darah dan dibawa oleh sistem pengaliran darah ke seluruh tubuh.

Wow! Banyak sekali sistem yang bermatlamat dan penuh fungsi di dalam tubuh manusia. Itu belum dikira lagi fungsi setiap organ dalaman dan luaran. Belum lagi termasuk fungsi setiap deria. Pendek kata semua yang terdapat dalam tubuh manusia samada yang tersiri dari sistem, organ atau pun deria. Manusia itu sendiri terdiri dari pelbagai struktrur yang penuh misi dan matlamat. Persoalannya:

Apakah matlamat kesemua struktur itu untuk manusia?
Apakah matlamat kewujudan manusia?
Mengapa manusia ada di dunia?
Mengapa perlu ada manusia?
Untuk Siapa?
Untuk Apa?

Persoalan ini akan terbongkar pada episod seterusnya.

Rujukan:

1.
Pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (1981), Anatomi dan Fisiologi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

6 comments:

Saya August 14, 2007 at 2:32 PM  

wow..!mcm blaja i'jaz ilmi pulak..

Mukjizat Saintifik August 14, 2007 at 8:14 PM  

Itulah maksud dan tujuan kami. Berkongsi idea dan bertukar maklumat. Terima kasih kerana anda adalah komentator yang pertama. :)

Anonymous August 14, 2007 at 11:14 PM  

Assalamualaikum,
Saya baru sahaja mengunjungi blog anda.Saya dapati maklumat di sana memang berguna.Jadi saya telah meletakkan link keblog saudara di blog saya.Kalau saudara sudi letakkanlah pula link ke blog saya di blog saudara.Moga-moga usaha kita untuk mengajak manusia kepada Islam mencapai matlamatnya,insyaAllah.

Blog saya di:
http://tanbihul-ghofilin.blogspot.com

Mukjizat Saintifik August 15, 2007 at 1:40 AM  

Tanbihul-ghofilin, terima kasih di atas kesudian anda. Insya-Allah hasrat anda dalam perhatian kami. :)

Anonymous August 15, 2007 at 3:49 AM  

Salaam alaikum

Ana pun tertarik, ana akan letak link blog anta ya akhi kat BlogHikmah ana. Keep it up and all the best 2 you. Jazaakallahu khoirol jazaa'. Salam ukhuwwah

Ma'assalamah
:)

Mukjizat Saintifik August 15, 2007 at 4:29 AM  

Hikmatun! Anda sungguh budiman. Terima kasih di atas kesudian anda :)

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP