Sebahagian Faedah Puasa Syar'i Islam
>> Tuesday, June 30, 2015
Tubuh
manusia terdedah kepada banyak bahan-bahan berbahaya dan toksin-toksin
yang kadang-kadang tertimbun pada tisu-tisunya. Kebiasaannya
toksin-toksin ini masuk ke dalam tubuh melalui makanan yang dimakan
dalam kuantiti yang banyak. Sumber-sumber rujukan perubatan menyatakan bahawa hampir kesemua makanan pada zaman ini mengandungi
kuantiti kecil bahan-bahan bertoksin. Bahan-bahan ini ditambah dalam
makanan sewaktu penyediaan dan penyimpanan seperti perisa-perisa,
pewarna-pewarna, anti-anti pengoksidaan, bahan-bahan pengawet serta
tambahan-tambahan bahan kimia daripada tumbuhan atau haiwan.
Ini ditambah dengan toksin-toksin yang kita hirup daripada ekzos-ekzos kenderaan, gas-gas kilang, toksin-toksin ubat-ubatan yang dimakan oleh manusia tanpa pengawasan sehinggalah kepada yang lain-lain, daripada toksin-toksin hidupan mikro yang mendiami tubuh kita dalam jumlah yang melampaui gambaran dan bilangan. Akhir sekali, sisa-sisa pembakaran dalaman sel-sel yang mengalir di dalam darah sebagai gas karbon dioksida, urea, keratin, ammonia, sulfur-sulfur, asid urik, sisa-sisa makanan yang telah dihadamkan serta gas-gas beracun yang terhasil daripada penapaian dan pembusukan makanan seperti indole, skatole dan fynole.
Allah S.W.T telah menjadikan untuk tubuh manusia jalan untuk pelepasan dan pembebasan daripada toksin-toksin ini. Hati yang merupakan organ utama berfungsi membersihkan tubuh daripada toksin-toksin. Namun, hati mempunyai daya usaha dan tenaga yang terhad. Kadangkala sel-selnya ditimpa kepincangan disebabkan faktor-faktor penyakit atau faktor-faktor semula jadi seperti lanjut usia. Lalu, sebahagian bahan bertoksin ini mendap dalam tisu-tisu tubuh khususnya pada tempat menyimpan lemak.
Ketika berpuasa, sejumlah besar daripada lemak-lemak yang tersimpan di dalam tubuh, akan dipindahkan ke hati untuk dioksidakan dan dimanfaatkan. Juga dikeluarkan toksin-toksin yang larut pada hati lalu dihilangkan sifat toksin tersebut. Seterusnya, hati akan membuangnya bersama kumuhan-kumuhan tubuh.
Oleh sebab proses-proses pemusnahan yang berlaku di hati ketika berpuasa melebihi kadar proses-proses pembinaan asimilasi makanan, maka peluang untuk membuang toksin-toksin yang tertimbun dalam sel-sel badan akan bertambah dalam jangka masa ini dan akan bertambah juga keaktifan sel-sel hati di dalam menghilangkan sifat toksin daripada kebanyakan bahan bertoksin. Demikianlah, puasa diterima pakai sebagai akuan kesihatan ‘selamat’ untuk organ-organ tubuh.
Macfadden; beliau di antara pakar perubatan antarabangsa yang mengambil berat tentang kajian berkaitan puasa dan kesan-kesannya berkata: “Setiap manusia memerlukan kepada puasa sekali pun dia tidak sakit; kerana toksin-toksin makanan dan ubat-ubatan berkumpul di dalam badan lalu menjadikannya seperti orang sakit dan membebankannya, maka keaktifannya akan berkurangan. Apabila seseorang berpuasa, dia akan terlepas daripada bebanan toksin-toksin tersebut dan dia akan merasai kecergasan dan kekuatan yang tidak pernah dialami sebelum itu”.

2.Pembersihan daripada lemak-lemak.
Kegemukan
adalah berkait rapat dengan pengambilan makanan yang terlampau banyak,
khususnya makanan-makanan yang kaya dengan lemak, ditambah dengan
kemudahan-kemudahan hidup yang merehatkan. Kegemukan adalah satu masalah
yang tersebar luas. Kajian mendapati bahawa kegemukan akan diiringi
dengan peningkatan bahaya penyakit-penyakit koronari jantung seperti
kegagalan jantung, strok, penyakit koronari arteri dan penyakit
tersumbat arteri-arteri yang mengelilingi jantung.
Puasa Syarii Islam dianggap sebagai contoh unik bagi pencegahan dan rawatan kegemukan. Dalam masa yang sama, pemakanan yang sederhana dan halangan daripadanya disertai dengan kecergasan dan pergerakan menjadi dua faktor berkesan di dalam mengurangkan berat. Demikian itu, ialah dengan penambahan tahap metabolisme makanan selepas hidangan sahur dan perpindahan lemak yang tersimpan untuk pengoksidaan di dalam menghasilkan tenaga yang lazim selepas separuh waktu siang.
Oleh itu, Puasa Syarii Islam merupakan suatu pemeliharaan melalui hidangan sahur dan kesederhanaan di dalam pemakanan, disertai pergerakan dan keaktifan semasa berpuasa, dapat menghasilkan satu sistem pemakanan yang berjaya untuk merawat kegemukan.
Manakala sistem ‘Puasa Perubatan’ yang panjang melalui halangan menyeluruh daripada makan, akan membawa kepada penurunan metabolisme hasil daripada berhentinya sistem saraf Sympathetic. Keseluruhan berat yang hilang ialah air, manakala tubuh kekal menyimpan tenaga dan garam.

3.Pembaharuan sel.
Kebijaksanaan
Allah menuntut berlakunya perubahan dan penggantian bagi setiap benda
mengikut disiplin yang tetap. Disiplin ini telah menentukan untuk tubuh
manusia, kandungan sel-selnya akan diganti sekurang-kurangnya setiap
enam bulan dan sesetengah tisu akan diperbaharui sel-selnya dalam jangka
masa yang singkat; dikira dengan hari atau minggu. Sel-sel berkenaan
akan menjadi tua dan kemudiannya mati, lalu sel-sel lain yang baru akan
terbentuk untuk menyambung perjalanan hidup sehingga datang ajal manusia
tersebut. Bilangan sel yang mati dalam tubuh manusia dalam satu saat
mencecah sehingga 125,000,000 sel dan lebih daripada jumlah ini
diperbaharui pada setiap hari -pada peringkat tumbesaran, juga pada
pertengahan umur yang kemudiannya akan menyusut dan berkurangan jumlah
bilangan sel-sel yang diperbaharui apabila semakin lanjut usia.
Asid amino adalah bahan yang membentuk binaan asas pada sel-sel. Di dalam Puasa Syarii Islam, asid-asid ini yang datang daripada makanan akan berkumpul bersama asid-asid yang terhasil daripada proses pemusnahan di tempat berhimpun asid-asid amino di hati. Di dalamnya akan berlaku peralihan dalaman yang berskala luas dan disempurnakan ulangan pengagihan asid amino selepas proses peralihan dalaman serta penggabungannya dalam juzuk-juzuk kecil yang lain. Daripadanya akan diperbuat semua jenis protein sel, protein plasma, hormon serta benda-benda lain daripada gabungan-gabungan aktif. Ini akan memberikan blok-blok bagi sel-sel baru menyempurnakan binaannya, meningkatkan keupayaan tugasnya yang hasilnya akan kembali kepada tubuh manusia berupa kesihatan, perkembangan dan keafiatan.
Perkara ini tidak berlaku dalam ‘Puasa Perubatan’ disebabkan pemusnahan berterusan kandungan-kandungan sel dan terhalang daripada asid-asid amino utama. Apabila sebahagian blok-blok lama kembali untuk pembaikan semula, keupayaannya akan menjadi lemah seterusnya tubuh akan terdedah kepada penyakit-penyakit atau kerosakan. Kekurangan satu asid amino asas yang masuk dalam struktur binaan protein khas akan menyebabkan protein ini tidak terbentuk.
Apa yang lebih menakjubkan, baki asid-asid amino yang terbentuk daripada protein ini akan musnah dan binasa.

4.Melambatkan proses penuaan.
Majalah Britain, Nature telah
mendedahkan satu kajian saintifik bahawa puasa yang terancang atau
separa akan menyebabkan keaktifan pada gen-gen yang berfungsi untuk
merembeskan hormon-hormon yang akan membantu sel-sel untuk melambatkan
proses penuaan terhadap manusia dan juga hormon-hormon yang akan
menambahkan keaktifan tubuh. Hasil-hasil daripada kajian ini telah
mengenal pasti bahawa proses penyediaan makanan dan penghadaman akan
menghasilkan bahan-bahan beracun yang akan merosakkan sel-sel. Manakala
pengurangan kuantiti makanan disertai dengan melakukan pergerakan yang
banyak untuk membakar tenaga akan meningkatkan kesihatan dan dapat
menghentikan proses pemusnahan. Seterusnya ia akan menambah
kebarangkalian meningkatnya purata umur.
Kajian
telah menjelaskan bahawa puasa separa daripada makanan dan ‘Puasa
Perubatan’ yang terancang boleh membawa kepada tindak balas yang
menjadikan sel-sel bertindak menentang kematiannya dan dapat hidup
untuk jangka masa yang lebih panjang. Kajian berkenaan menyatakan lagi
bahawa kunci kesihatan terealisasi pada pembatasan pengambilan makanan
(Puasa Perubatan separa atau terancang) di dalam sistem pemakanan
sepanjang hayat dan semampu mungkin. Ia adalah di antara perkara yang
memberikan kesan positif dan membantu melambatkan proses penuaan.
Rujukan: Buku Keajaiban Puasa oleh Syeikh Abdul Majid al-Zindani
0 comments:
Post a Comment