Pendahuluan
Istilah al-I‘jaz
al-‘Ilmī atau Mukjizat Saintifik di dalam al-Quran dan al-Sunnah bermaksud suatu ilmu eksperimen yang datang untuk
mendalami kajian-kajian yang luas dalam pelbagai bidang melalui bantuan
alat-alat canggih dan selepas beberapa siri pengembaraan ilmiah yang mencabar
berserta para pengkaji yang silih berganti, maka penemuan demi penemuan telah
menyerlahkan sedikit demi sedikit subjek kajian.
Apabila fakta tentang subjek kajian
tersebut lengkap dan sempurna, tiba- tiba fakta tersebut didapati telah
dinyatakan di dalam al-Quran yang diturunkan lebih 1400 tahun lalu. Justeru
itu, manusia mengetahui bahawa al-Quran diturunkan dengan ilmu Allah SWT.
Demikian itu membuktikan secara yakin dan pasti bahawa al-Quran adalah kalam
Allah SWT dan tiada percanggahan antara agama yang benar (al-Dīn) dengan ilmu yang benar (al-‘Ilm).
Oleh demikian, perlu diketengahkan
elemen-elemen yang berkaitan dengan kefahaman al-Zindanī terhadap al-I‘jaz al-‘Ilmī untuk menyerlahkan
sumbangan beliau dalam kajian bidang tersebut.
Rujukan:
Sumbangan 'Abd al-Majid al-Zindani dalam al-I'jaz al-'Ilmi
No comments:
Post a Comment