Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mukjizat Saintifik Al-Quran & As-Sunnah - Suatu Pengenalan

>> Wednesday, June 18, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mohon kemaafan dari tim kami kerana kesulitan untuk mengemas kini laman ini. Semoga Allah memberi taufik dan inayah kepada kita semua. Pada kali ini Mukjizat Saintifik akan mula membawa pembaca sekelian kepada topik sebenar kewujudan blog ini iaitu Membongkar Mukjizat Nabi. Sebelum itu ada baiknya kita mengetahui beberapa perkara bagi menambahkan lagi pemahaman kita terhadap mukjizat saintifik.

Allah telah menjadikan Agama sebagai wadah bagi menjelaskan kepada manusia pelbagai persoalan mengenai kehidupan dan matlamat kehidupan ini.Tanggungjawab menyampaikan Agama dan mengenalkan manusia dengan Penciptanya telah diberikan kepada wakil-wakil yang dipilih oleh Allah.Wakil-wakil Allah di muka Bumi adalah para Rasul -عليهم الصلاة والسلام- yang Allah wahyukan kepada mereka segala ajaran yang perlu disampaikan kepada manusia. Firman Allah Taala yang bermaksud:

"Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (al-Nisa': 165)

Jadi, timbul persoalan sekarang bagaimanakah cara untuk kita mengenali utusan-utusan Allah?

Para Rasul yang diutuskan oleh Allah adalah manusia biasa seperti kita; mereka makan, minum, tidur, sakit dan berjalan seperti kita. Firman Allah Taala yang bermaksud:

"Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar," (al-Furqan: 20)

Manusia mempunyai kesukaran untuk patuh atau mempercayai sesuatu melainkan dengan bukti yang nyata. Tanpa bukti dan keterangan, dengan mudah manusia akan menolak untuk patuh dan taat.

Jika anda sedang memandu di jalan raya dan anda melihat tanda:

Lalu anda lihat salah seorang daripada dua orang yang di sebelah kiri dan kanan ini sedang menunggu, siapakah yang anda akan patuh dan mengapa???

Justeru itu Allah mengetahui para Rasul Nya akan didustai oleh manusia, maka Dia telah memperkuatkan mereka (para Rasul) dengan tanda-tanda untuk menjadi bukti bahawa mereka adalah utusan Allah. Firman Allah Taala yang bermaksud:

"Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan" (al-Hadid:25)

Oleh itu, apakah tanda atau bukti yang menyatakan mereka adalah utusan Allah??? Tunggu siri yang akan datang...

2 comments:

Anonymous July 14, 2008 at 8:36 PM  

satu mukjizat yg dikaji secara saintifik (tetapi oleh penyelidik Jepun) menunjukkan imej air berkadar langsung dgn kata2 manusia.

sungguh. Benarlah Firman-Nya dlm surah Ibrahim ayat 24.

saudara boleh rujuk "water image: Masaru Emoto"

usaha menerobos rahsia Quran secara saintifik spt ini sgt bermanfaat.

Anonymous October 7, 2009 at 2:08 AM  

salam...Alhamdulillah...saya hanya ingin bertanya kepada saudara kerana saya ini mengalami kesesatan sebelum ini tetapi masih teringat sedikit pengalaman sebelum lupa...jadi saya rasa lebih elok untuk bertanya....benar tiada nabi lagi sesudah Nabi Muhammad.dan jika dilihat dari gambar yang diapaprkan ....saya akan mengikuti orang yang memakai baju seragam....benarkah? atau salahkah....kerana kadangkala saya akan melihat dari perspektif yang berbeza2. sebab pakaian tidak menggambarkan hati di malaysia ini...

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP